Pada 30 Mac hingga 6 April 2014 Pusat Pemulihan Akhlak, Batu Gajah telah menjadi penganjur Jualan Dan Pameran Infokraf Peringkat Zon Utara 2, yang telah diadakan di Pasaraya Mydin Mall Meru Raya Ipoh. Pelbagai jenis rekabentuk produk yang berasaskan kayu, rotan, besi, dan batik dijual dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Berbagai jatucara telah disusun bagi memeriahkan suasana sepanjang berlangsungnya infokraf tersebut di antaranya Program Derma Darah dengan kerjasama Hospital Tengku Permaisuri Bainun, Karaoke Bersama Pengunjung dan Warga Penjara, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Persembahan Live Band, dan juga Tarian Aerodance daripada kakitangan PPA Batu Gajah. Pada 5 April warga kerja Infokraf dan tapak pameran Jabatan Penjara telah dikunjungi oleh Menteri Besar Perak YB. Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir. Beliau meluangkan masa hampir 30 minit di tapak pameran tersebut.
""